Selamat Kembali!!!! DUIT perlu kerk????

errmm..Assalamualaikum!!! terima kasih kepada anda yang sudi menjadi pembaca setia taqwazone yang xberapa nak indah ini tapi ianya bermanfaat dan ada pengisian ilmu padanya...maaf kerana sudah sekian lama saya tidak update blog taqwazone nie disebabkan kesibukan hal dunia dan akhirat sehinggakan tidak kesempatan untuk menjeguk-jeguk blog ini...(hehehe)


       Sekadar Hiasan
w0key!! saya pada kali ini nak kongsi bersama berkenaan dengan "WANG! LUPA ALLAH.."
sebelum itu saya nk minta maaf kepada pembaca yang ada berkecimpung dalam apa yang saya nak kongsikan ini maaf sesangat...apa yang saya harapkan pembaca jadikan ianya sebagai ikhtibar dan sempadan jika ianya adalah menjadi punca masalah.."Wang! lupa ALLAh.."Wang itu adalah duit bukan nama orang cina yang bernama Wang yerk..(hehehehe)..kita seringkali dengar duit boleh membawa kebahagiaan dalam hidup tetapi jika sudah dikaji dan diselidik...MAKA....duit ini hanya untuk hal dunia semata-mata..Kita ambil contohnya kat sini erm...kita melabur..hehe...(citer pasal melabur pulak)..kita melabur contohnya sebanyak RM 500.00 dan hasil pelaburan sebanyak RM 5juta..banyak tu..(hehe)..apa yang kita nk buat???? adakah berzakat???!@# adakah bersedekah kepada anak yatim???!@# atau untuk kita berseronok???!@#$%^ Haaa!! ini yang kita nak bincangkan...Dengan duit sebanyak RM 5j, kita berzakat, bersedekah, repair rumah, bantu orang susah sana sini...adakah kita akan memdapat pahala yang berlipatkali ganda??? padahal perintah Allah pun kita sering tidak dapat nak laksanakan dengan sempurna..hari-hari bangun tidur cerita hal dunia tajuk hal dunia "DUIT"...sedangkan azan subh yang mengajak kita bangun solat dan mencari rezeki pun kita masih tidak dapat nak laksanakan...inikan yang sunat diutamakan yang wajib disisihkan...xguna jugak kalau kita banyak harta s0lat xdijaga..herrmmm :( amat merugikan...jika kita ada harta ada duit dalam masa yang sama ingat Allah...InsyaAllah, Allah akan bantu lebih banyak dari itu dan setiap apa yang hambanya lakukan, Allah akan selangi dengan dugaan untuk menguji hambanya yang seringkali Alpa dengan rezeki yang Allah berikan...sedangkan RM5j itu tadi adalah rezeki dari Allah tiada lain darinya yang akan memberi rezeki...tanpa redha dari Allah duit itu tidak akan termakbul melainkan kehendaknya..okey ada masa lagi ita sambung lagi...

       Sekadar Hiasan

Salam Ukhwah!!

Assalamualaikum sem0e...maaflah kerana dah lme sye xupdate blog nie...ad sebab xtidak b0leh dielak...yg pertamenye sye nk ucpkan terima kasih kepade Allah swt kerana memberi sye peluang hari nie untuk update blog nie..n terima kasih juge kepada sem0e yg buka blog yg x seberape nie..topik yg terbaru belom ad..insyaallah bulan 3 anty sye akn ms0kkn yg menarik dlam blog JIKA di izin oleh Allah..
Akhir kata Salam Ukhwah n Selamat maju jaye ...

PURDAH - Satu Persoalan???!!

Sekadar Hiasan
Wajib wanita muslimah memakai niqab النقاب atau purdah adalah pendapat sebahagian para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat muka wanita tidak termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli sunnah wal jama`ah.
Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang menganggap purdah bukanlah suatu kewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Namun saya tidak berhasrat untuk memerangi wanita yang berpurdah, selagimana saya dapati mereka cuba melaksanakan tuntutan agama yang mereka faham. Ini adalah hak dan kebebasan yang wajar diiktiraf. Bahkan di satu sudut ianya lambang kesungguhan iltizam terhadap apa yang diyakini sebagai kewajipan. Untuk apa kita menekan golongan yang berpurdah sedangkan dalam masa yang sama kita membiarkan wanita-wanita lain yang mendedahkan tubuh dan aurat secara berleluasa sehingga memadam nilai diri mereka sebagai wanita muslimah dan beriman.Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab.
Sekadar Hiasan
Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunyaالنقاب للمرأة Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalamجلباب المرأة المسلمة في الكتاب والسنة Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaituالرد المفحم Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya aurat adalah jelas dan
nyat
a...                                                            
                         
                      
                                                                                               (sumber daripada al-haziq.blogspot.com)

Solat itu apa???!

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga



Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.



Golongan Keenam



Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.



Golongan Ketujuh



Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.



Golongan Kelapan



Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).



Golongan Kesembilan



Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.



Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.



Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.



Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Kemaksiatan Menambah Keimanan Seorang Muslim

Gambar Hiasan
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia kepada semue yg melayari blog sye.. bulan nie kte nk cerite tentang Keimanan pulak...Dengan tajuk "kemaksiatan menambah keimanan seorang muslim"JOM BACE!!!..Ada manusia yang berpendapat bahwa terjadinya maksiat boleh menambah keimanan. Sudut pandang ini termasuk yang paling halus, sehingga jarang ada orang yang boleh menerapkannya. Hanya orang ahli ma’rifah saja yang boleh menerapkan sudut pandang ini. Mungkin saja orang yang mendengar pernyataan ini dengan serta-merta akan protes. Dia akan berkata lantang: “Bagaimana mungkin perbuatan dosa dan maksiat diakui boleh menambah keimanan? Apalagi jika dosa dan kemaksiatan itu dilakukan oleh seorang hamba Allah. Bukankah perbuatan itu akan semakin mengurangi kadar keimanan dalam dirinya? Bukankah para ulama salaf juga bersepakat bahwa keimanan bertambah akibat ketaatan kepada Allah dan berkurang akibat maksiat kepada-Nya?


Ketahuilah bahawa kesimpulan seperti ini dihasilkan dari perenungan seorang yang ma’rifah (mengenal Allah sangat dekat) terhadap dosa-dosa dan perbuatan maksiat yang berasal dari dirinya mahupun orang lain. Orang yang arif merenungkan perbuatan dosa dan maksiat sampai dengan akibat yang dihasilkan perbuatan keji tersebut. Dan ternyata dapat disimpulkan bahawa akibat dari perbuatan dosa dan maksiat yang biasanya menimbulkkan bencana dan munculnya mu’jizat, merupakan salah satu dari tanda-tanda kenabian dan sebagai bukti kebenaran para rasul Allah Ta’laa. Bahkan akibat perbuatan dosa itu malah menegaskan kebenaran ajaran yang dibawa para rasul Allah tersebut.
Sesungguhnya para rasul Allah memerintahkan umat manusia untuk membenarkan kondisi lahir mahupun batin mereka, baik di
kehidupan dunia mahupun akhirat. Para rasul juga melarang mereka untuk melakukan kerosakan pada lahir-batin mereka baik di dunia mahupun akhirat. Maka utusan-utusan Allah itu memberitahukan kepada umat manusia bahawa sesungguhnya Allah itu menyukai perbuatan yang ini dan itu. Allah juga akan mengganjar perbuatan yang telah dilaksanakan. Para rasul juga memberitahukan bahwa Allah membenci perbuatan yang ini dan itu. Dan Allah akan mendatangkan siksa atas perbuatan tersebut. Apabila umat manusia mentaati apa yang telah Dia perintahkan kepadanya, maka Allah akan bersyukur kepadanya dengan cara memberikan pertolongan dan tambahan kenikmatan di dalam hati, jasad maupun hartanya. Maka hamba tersebut akan merasakan kecukupan dan kekuatan di setiap situasi. Akan tetapi apabila perintah dan larangan-Nya dilanggar, maka hal itu menyebabkan ketidakcukupan, kerosakan, kelemahan, kehinaan, diremehkan, dan kehidupan yang terasa sangat sempit.
Hal ini sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah Ta’aala: ‘Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”(QS. an-Nahl (16):67). “Katakanlah: “Hai hamba-hamha-Ku yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu”. Orang-orang yang bcrbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan.” (QS. az-Zumar (39):10). “Dan scsungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik.”(QS.an Nahl(16):30). “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Jika kamu mengerjakan yang demikian, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat” (QS. Huud (11):3). “Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta” Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?” (QS. Thaaha (20):124-125).
Yang dimaksud dengan kehidupan yang sempit di dalam ayat tersebut di atas ditafsirkan oleh sebagian ulama sebagai adzab kubur. Namun yang benar bahwa arti kehidupan yang sempit itu adalah kehidupan di dunia dan kehidupan di alam barzakh. Sesungguhnya orang yang berpaling dari peringatan yang telah diturunkan oleh Allah akan merasa bahawa kehidupannya sempit dan susah. Dia juga akan sering merasa takut, memiliki keinginan yang berlebihan, sangat payah mencari materi duniawi, selalu merasa ragu ketika balum berhasil meraih keinginan materialnya, dan merasa tersiksa jika tidak bergelimang harta. Di samping itu ada beberapa hal kurang baik lain yang dialami oleh hatinya tanpa dia sadari. Ini disebabkan karena dia sedang mabuk dan tenggelam dalam ambisi duniawinya itu. Dia tidak akan pemah sadar walau sesaat kecuali baru menyadari dan merasakan sakitnya kondisi tersebut. Pada waktu itu dia akan segera menghindarkan dirinya untuk tidak jatuh yang kedua kalinya dalam kondisi mabuk. Dia akan terus mengalami kondisi seperti ini sepanjang hidupnya. Mana ada kehidupan yang terasa lebih sempit dibandingkan dengan kondisi hati yang mengalam i perasaa seperti itu ?
Gambar Hiasan
Orang-orang ahli bid’ah, orang yang berpaling dari al-Qur’an, orang yang lalai kepada Allah dan orang-orang tukang berbuat maksiat, hatinya berada di dalam neraka Jahim sebelum dirinya masuk ke dalam neraka jahim yang sesungguhnya. Sedangkan hati orang-orang yang baik berada di dalam surga an-Na’im sebelum masuk ke dalam surga an-Na’im yang sebenarnya. Allah Subhana wa Ta’aala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam surga yang penuh kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar bcrada dalam neraka” (QS. al Infithaar (82):13-14)..
Kehidupan sempit berlaku dalam tiga daur kehidupan mereka (yakni kehidupan dunia, alam kubur dun akhirat), bukan hanya kehidupan akhirat saja. Sekalipun kehidupan yang sangat menyiksa itu mencapai puncaknya di kehidupan akhirat. Sedangkan tingkatan yang lebih rendah lagi akan dia alami di dalam kehidupan alam barzakh. Allah Ta’aala befirman: “Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada adzab selain itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuil” (QS. al Thuur (52):47). “Dan mereka (orang-orang kafir) berkata: ” Bilakah datangnya adzab itu, jika memang kamu orang-orang yang benar”.Katakanlah: “Mungkin telah hampir datang kepadamu sebagian dari (adzab) yang kamu minta (supaya) disegerakan itu.” (QS. an-Naml (27):71-72).
-
Siksaan yang dialami di dalam kehidupan dunia ini memang lebih ringan dibandingkan dengan kehidupan sulit yang akan diterima seseorang di dalam alam barzakh. Hanya saja tenggelam dalam mabuknya hasrat syahwat menyebabkan dia tidak menyadari kesempitan hidup tersebut dan sengaja membuang jauh-jauh dari hatinya. Mereka tidak merenungkan dan menyadari bahwa kondisi dirinya sudah sangat terpuruk.
Seorang hamba kadang kala merasakan rasa sakit tersebut disekujur tubuhnya. Namun dia sengaja membuang jauh-jauh den bayangan hatinya dan tidak lagi memperdulikannya. Dia berusaha mengalihkan perhatian kepada obyek lain sehinga tidak seratus persen merasakan kehidupan sempit itu. Akan tetapi jika upaya pengalihan perhatian itu lepas dari dirinya, pasti dia akan kembali menjerit kesakitan. Bagaimana menurutmu dengan siksaan rasa sakit di dalam hati seperti ini? Bukankah malah sangat menyiksa? Allah Subhaanahu wa ta’aala telah menjanjikan hal hal positif dan menyenangkan untuk berbagai bentuk kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. Kenikmatan janji Allah itu jauh lebih menyenang kendati pada kenikmatan maksiat yang hanya bersifat sementara. Bahkan kenikmatan janji Allah itu tidak ada bandingannya. Namun sebaliknya, Allah akan memberikan rasa sakit dan tersiksa akibat perbuatan buruk dan tindak maksiat. Rasa sakit itu jauh lebih besar dibandingkan dengan kenikmatan yang dia rasakan sekejap ketika mengerjakan maksiat tersebut.
Ibnu Abbas radhiyallalu `anhumaa berkata: ”Sesungguhnya perbuatan baik itu memiliki cahaya di dalam hati, pancaran di wajah, kekuatan di badan, menyebabkan rezeki semakin bertambah dan menanamkan rasa cinta di dalam hati makhluk. Sedangkan perbuatan buruk menyebabkan kesuraman diraut wajah, kegelapan di dalam hati. Kelemahan di fisik, menyebabkan rezeki berkurang, dan menanamkan rasa tidak suka di dalam hati makhluk. Hal ini sebenamya telah dibuktikan oleh orang-orang yang hatinya bersih. Dia akan bisa merasakan kenikmatan itu, sedangkan orang lain tidak bisa menangkapnya.
Seorang hamba tidak akan mengalami kondisi yang sangat tidak menyenangkan kecuali jika dia mengerjakan perbuatan dosa. Padahal kesalahan yang dimaafkan oleh Allah sudah sangat hanyak. Allah Ta’aala telah berfirman:“Dan sebuah musibah yang menimpa kamu sebenamya disebabkan oleh perbuatan tanganmu sandiri, dan Allah memaafkan sebagian besar(dari kesalahan-kesalahanmu)
(QS. al Syuura (42):30). “Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu. (pada peperangan Badar) kamu berkata: “Dari mana datangnya kekalahan) ini?” Katakanlah: Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri”. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. Ali -Imran(3):165). “Apa saja kebaikan (nikmat) yang menimpamu adalah dari Allah dan apa saja keburukan (bencana) yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.” (QS.An-Nisaa’ (4):79).

Yang dimaksud dengan kebaikan dan keburukan di dalam ayat tersebut adalah kenikmatan dan bencana yang diterima oleh hamba dari Allah Subhaanahu wa Ta’aala. Oleh karena itu disebutkan dengan kalimat “Apa saja yang menimpamu,” tidak disebutkan dengan kalimat “Apa yang kamu peroleh.” Sebab pada hakekatnya semua berasal dari Allah Ta’aala.
Segala bentuk kekurangan, bencana dan keburukan yang ada di dunia maupun di akhirat, tidak lain disebabkan oleh dosa hamba dan karena menyalahi perintah-perintah Allah Ta’aala. Tidak ada keburukan di muka bumi ini kecuali diakibatkan oleh dosa-dosa yang diperbuat oleh manusia itu sendiri.
Pengaruh dari perbuatan baik dun buruk yang bisa dilihat dalam hati, badan, ataupun harta, benar-benar sebuah fenomena alam yang bisa dilihat dcngan indera mata. Tidak akan ada satu pun orang berakal sehat yang mampu mengingkarinya. Bahkan fenomana itu mampu dilihat oleh orang mukmin, orang kafir, orang baik maupun orang buruk.
Hamba yang bisa melihat bekas-bekas fenomena tersebut untuk kemudian direnungkan dan dipikirkan, maka dia termasuk orang yang memperkuat keimanannya dengan ajaran yang dibawa oleh para rasul. Dia juga memperkuat kualitas keimanan dalam dirinya dengan cara merenungkan pahala dan siksa.
Sesungguhnya semua itu merupakan tanda-tanda material yang bisa dilihat di muka bumi ini. Fenomena-fenomena tersebut merupakan ganjaran maupun siksa yang diawal kejadiannya adalah di dunia. Fenomena-fenomena itu juga akan lebih berarti bagi orang-orang yang memiliki kejelian hati. Hal ini sebagaimana yang dikatakan oleh sebagian orang kepadaku (Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah): “Jika aku telah mengerjakan sebuah dosa dan tidak segera aku kejar dengan taubat, maka aku menanti akibat buruk yang akan terjadi. Jika sesuatu yang tidak menyenangkan itu telah menimpa diriku, apakah lebih ringan ataukah lebih parah, maka kebiasaan yang aku jalani adalah bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah.”
Efek negatif ini sebenamya menjadi bukti dan dalil-datil keimanan. Sesungguhnya orang yang jujur jika kamu beritahu bahwa apabila kamu baru saja megerjakan begini- begitu maka akan berakibat yang begini dan begitu, maka dia akan semakin yakin dengan pemberitahuan tersebut. Apalagi jika setiap kali kamu mengatakan tersebut dibarengi dengan bukti sesualu yang tidak menyenangkan. Namun perasaan semacam ini tidak selalu dimiliki oleh setiap orang. Bahkan mayoritas hati manusia dipenuhi dengan noktah-noktah hitam karena perbuatan dosa. Dengan demikian dia tidak akan pemah melihat dan merasakan tentang sesuatu yang sedang menimpanya.
Perasaan jujur terhadap akibat dari sebuah perbuatan hanya bisa dirasakan oleh hati yang dipenuhi cahaya keimanan. Sedangkan atmosfer dosa dan maksiat akan bertiup kencang di dalamnya. Hati orang-orang jujur pun akan bisa mengakui fenomena yang tejadi akibat suatu perbuatan. Dia akan bisa memperkirakan kekuatan cahaya keimanannya di tengah badai angin dosa dan maksiat yang berhembus kencang. Dia melihat dirinya bagaikan pelaut di tengah samudra yang dilanda angin kencang. Perahu yang ditumpanginya sangat terancam untuk terbalik dan terancam pecah karena terhempas badai yang dahsyat. Begitu juga dengan seorang mukmin yang selalu memonitor jiwanya ketika habis mengerjakan maksiat atau pun melakukan perbuatan dosa.
Ketika pintu ini telah terbuka bagi seorang hamba, maka memperhatikan sejarah kejadian Bumi ini dan memperhatikan keadaan beberapa umat manusia akan sangat bermanfaat baginya. Bahkan kejadian yang menimpa masyarakat di sekitar dirinya bukan saja akan memberikan manfaat yang sangat besar (namun akan memberi lebih dari sekedar manfaat-penj). Hal ini sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah Ta’aala: “Maka apakah Tuhan yang menjaga setiap diri terhadap apa yang diperbuatnya (sama dengan yang tidak demikian sifatnya)?” (QS. al Ra’d (13):33).
“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang manegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”(QS. All Imruan (3):18).

Setiap keburukan, bencana, siksa, ketakutan dan kekurangan yang terjadi pada dirinya maupun orang lain termasuk dalam kerangka keadilan Allah Subhaanahu wa
Ta’aala. Demikianlah bentuk keadilan Allah Subhaanahu wa Ta’aala. Hal itu sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah kepada orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi: “Maka bila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana” (QS. al Israa’ (17):5).
Dosa-dosa manusia subenarnya ibarat racun yang sangat membahayakan tubuh. Apabila dosa dosa itu segera diatasi oleh orang yang memasukkan obat ke dalam tubuh, maka mungkin racun itu bisa segera dilumpuhkan. Jika tidak, maka kekuatan imannya akan segera terkalahkan dan dia pun akan mengalami kebinasaan.
Sebagian ulama salaf ada yang berkata: Pcrbuatan perbuatan maksiat menuntut kekufuran sebagaimana juga demam terkadang juga menuntut kematian. Biasanya seseorang akan bisa melihat kekurangannya setelah dia bermaksiat kepada Tuhannya. Karena perbuatan maksiat yang telah dikerjakan itulah hatinya menjadi berubah dan tidak lagi kasar. Dia akan menyadari kehinaan dirinya di hadapan anggota keluarga, anak-anak, isteri maupun saudara-saudaranya. Dia akan menginstrospeksi diri sehingga menyadari dari mana dia berasal. Kondisi jiwa seperti inilah yang menyebabkan keimanannya semakin kuat. Jika dia melepaskan semua sebab yang bisa menjerumuskan dirinya ke dalam jurang kehancuran itu, maka kadar keimanannya pun akan semakin kuat. Dia akan melihat adanya keperkasaan setelah sebelumnya terhina, melihat kekayaan setelah sebelumnya kefakiran, kebahagiaan yang sebelumnya kesusahan, keamanan yang sebelumnya rasa takut dan kekuatan setelah sebelumnya lemah dan hina.
Bukti-bukti dan dalil-dalil keimanan itu semakin memperkuat pendirian hatinya baik ketika dia bermaksiat ataupun ketika menjalanhan ketaatan kepada Allah. Mereka ini sebenarnya termasukdalam firman Allah Subhaanahu wa Ta’aala sebagai berikut: “Agar Allah menutupi; (mengampuni) perbuatan paling buruk yang telah mereka kerjakan dan membalas mereka dengan upah yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”(QS. az-Zumar(39):35).
Ketika seseorang bisa menerapkan sudut pandang ini dengan sebenamya, maka dia akan menjadi salah seorang yang mampu mengobati hati dan bisa mengetahui penyakit dan obat bagi hati yang sedang sakit. Sehingga Allah ‘Azza wa Jalla akan memberikan manfaat kepada dirinya sendiri dan kepada orang-orang yang Dia kehendaki. Wollohu a’lam.
(Dikutip dari buku Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, berjudul “Masyaahid Al Khalq fi Al Ma’shiyah”, Al Maktab Al Islami, Beirut, Cetakan I, tahun 1405H/1985).

TANDA-TANDA AJAL HAMPIR TIBA

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI
Merupakan tanda pertama daripada Allah s.w.t. kepada hambanya dan hanya akan sedari oleh mereka yang dikehendakinya. walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh, iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih, jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda nin memberi peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM HARI KEMATIAN 
Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur pokok yang terletaknya diatas Arash Allah s.w.t. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula mengikuti kita sepanjang masa. akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan merasakan bingung seketika. Adapun malaikat maut yang wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Tanda ini akan diberikan hanya mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dengan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku selepas waktu Asar dan kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang, iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan rasa akan turunke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita pula.